♥ THEY ARE MY SUNSHINE ♥

Friday, November 4, 2011

Amukan Ribut!!

100 keluarga rai Aidiladha dalam dewan

ALOR SETAR: Kira-kira 100 keluarga terpaksa menyambut Aidiladha Ahad ini di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bersatu di sini, selepas rumah mereka rosak teruk dipukul ribut, petang semalam.

Kejadian jam 3.30 petang di kawasan perumahan itu menyebabkan sebahagian rumah mangsa tidak selamat didiami.
Selain rumah, beberapa cermin kenderaan turut pecah akibat dihempap serpihan objek yang diterbangkan angin kencang, manakala ada kabel elektrik terputus menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong sementara bekalan untuk tujuan keselamatan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Difahamkan, kejadian ribut itu adalah yang pertama berlaku dan disifatkan terburuk oleh penduduk setempat sejak kawasan perumahan berkenaan didiami mereka lebih 20 tahun lalu. Mangsa, Noraini Don, 48, berkata ketika kejadian beliau bersama anak lelakinya sedang berehat di dalam bilik, manakala suaminya, Md Reza Md Said tidur di ruang tamu sebelum sebahagian bumbung rumah mereka diterbangkan angin manakala siling ruang tamu tiba-tiba runtuh. “Pada mulanya hujan lebat dan lima minit kemudian ribut kencang memukul bahagian atas rumah kami sehingga menyebabkan siling di ruang tamu runtuh. “Mujur ketika itu, suami sempat menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi dentuman di bahagian bumbung rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Noraini berkata, kejadian itu sekali gus menyebabkan ruang tamu rumahnya musnah termasuk sebahagian dinding runtuh selepas dipukul angin kencang. “Saya sedih kerana kejadian berlaku ketika beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Aidiladha dan kami pula terpaksa memikirkan usaha untuk membaiki rumah yang rosak ini,” katanya. Seorang lagi mangsa, Sepiah Mahmud, 65, berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat atas rumah sedang berzikir sementara menunggu solat Asar sebelum dikejutkan dengan bunyi deruan angin kencang yang meranapkan bumbung rumahnya. “Keadaan ketika itu sangat menakutkan, saya dengar bunyi angin yang kuat melayangkan bumbung rumah, saya memohon supaya Allah melindungi kami selain terus berzikir sebelum meminta suami melaungkan Azan,” katanya.

Sumber: Berita Harian


Woahh seriously tak sangka boleh sampai teruk macam nie..kenapa aku beriya-iya copy paste berita tu?sebab kejadian tu jadi kat taman aku..Alhamdulillah sangat-sangat umah aku tak jadi apa2..cuma umah jiran2 terdekat ngan umah-umah kat belah taman tinggi yang kena teruk..

Masa kejadian tu jadi aku tak dak kat umah sebab aku keluar beli barang..kalo tidak mesti aku sama naik jugak ketaq..nasib baik la umah aku tak jadi apa2 tidak kesian jugak kat si kecik Zulaikha tu..ermm takziah untuk mangsa yang kena..kesian tak pasal2 kena raya kat dewan sekolah huhu..nie aku ada sertakan gambar..





fuhh teruk gila..
abis bumbung2 berterbangan..

dasyatt!


Patut la masa aku balik tu aku tengok orang ramai ja..aku ingat ada apa-apa kat sekolah tu..rupa-rupa ribut kuat..adehh tak sangka betoi aku.gara gara ribut nie umah aku blackout lama gak la..ermm kepada mangsa-mangsa kejadian sabaq ja la noh..mungkin nie ujian dari-Nya..kita sebagai hambanya banyak2kan lah bersabar..

2 comments:

ME CTCT said...

fuhyooooo...memang dasyat...arap2 sume okeh..huhu

syieda_syaada said...

tu la arap2 suma oke lahh